3
Posted by Tuan Nurfatin Adibah Tuan Laily on 05:02
Hargailah ibu bapamu
Kerana mereka tidak dapat ditukar ganti dengan apa-apa pun..


Hargailah agamamu..
Kerana agamalah yang memberikan keselesaan sepanjang hayat..


Hargailah hidupmu..
Kerana hidup dapat dinikmati hanya sekali ..

Hargailah orang disekelilingmu..
Kerana tanpa mereka hidupmu akan berada dalam kekosongan..

Hargailah waktu..
Kerana waktu itu tak dapat diundurkan andai kita melakukan sesuatu yang sia-sia..

Apa yang paling penting
Hargailah apa sahaja yang kamu ada kerana segala-gala yang kamu milikki ini adalah milik Tuhanmu. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya, hargailah ia. Jangan pernah terfikir untuk mensia-siakannya.

1
Posted by Tuan Nurfatin Adibah Tuan Laily on 05:06
Aku mencari ketenangan
Mencari diriku yang sebenar
Yang mula hilang didalam kekelaman
Kesedaran lambat hadir
Untuk mengajarku

Hidup ku yang hanyut, yang melalaikanku
Dan menjauhkan aku dari kenyataan
Aku buta kerana melihat kepura-puraan
Aku pekak kerana mendengar kebohongan
Aku bisu kerana berbicara kedustaan

Langkahku mulai terhenti
Dari berjalan kearah kekeliruan
Takut!
Takut terus hanyut dan menghancurkan diri
Tuhan, bantulah aku
Ajarkan aku..
Erti sebenar hidup
Agar tidak terus hanyut dan lemas dengan kedustaan ini...


Copyright © 2009 MyLife MyWorld MyStory All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.