0
Kegagalan membuka jalan baru dalam kehidupan
Posted by Unknown
on
08:04
Kehidupan tak selalunya seperti yang diharapkan. Hidup tak selalu indah.. Mesti ada suka, mesti ada duka.. Manusia tidak boleh lari dari kehidupan yang telah ditetapkan tapi masih boleh mengubahnya.. Jangan pernah mengeluh jika tidak pernah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian pada setiap perkara yang berlaku.. Jika menghadapi kegagalan, bangkitlah dan berjuanglah untuk bangun dari kegagalan itu sehingga kita dapat keluar darinya dan mencapai kejayaan.. Berfikiran positif walaupun acap kali kita gagal.. Well, gagal tak bermaksud kita bodoh dan lemah.. Tapi itu cuma kesilapan yang akan membuatkan kita semakin matang, pintar, dan kuat.. Orang yang pernah gagal dalam hidupnya merupakan insan yang tabah dan kuat semangatnya jika dibandingkan dengan insan yang tak pernah langsung merasakan kegagalan..Dengan kegagalan kita dapat memulakan perjalanan hidup yang baru dengan matlamat yang baru.. Sentiasalah berdoa kepadaNya walau susah dan senang kerana Allah selalu memakbulkan doa hamba-hambaNya tak kira masa, tempat dan jenis-jenis pertolongan yang Allah akan berikan..
Post a Comment